w

"Demi Masa, Sesungguhnya Manusia Itu Sentiasa Berada Di dalam Kerugian. Kecuali Orang-orang Beriman dan Beramal Soleh, dan Nasihat-menasihati Supaya Mentaati Kebenaran dan Nasihat-menasihati Supaya Menetapi Kesabaran." (surah Al-Asyr)

Isnin, 16 Ogos 2010

KEUTAMAAN BISMILAH

Maksud Hadith Nabi s.a.w

Bahawa ada suatu kaum yang datang pada hari kiamat sambil mengucap Bismillahirrahmanrirahim.Lebih berat kebajikan mereka dari keburukan mereka. Lalu berkata umat-umat yang lain. “Alangkah beratnya timbangan amalan kebajikan mereka.”.

Sesungguhnya menjadi sedemikian itu kerana mereka memulai segala pembicaraan mereka dengan Bismillah Kerana bismillah itu namanya Zat Allah Yang Maha Agung.

Kalau sekiranya diletakkan langit dan bumi di dalam neraca timbangan serta isinya dan apa yang ada dalam timbangan itu nescaya beratlah lagi timbangan khalimah Bismillahirrahmannirrahim.

Dan sesungguhnya Allah telah menjadikan bagi umat ini Bismillah itu keamanan dari tiap bencana dari intaian setan terkutuk. Dijadikan ubat dari segala macam penyakit,dari kehinaan,kebakaran,keburukan dengan berkat Bismillah.

Hadith dari Anas bin Malik dari Nabi s.a.w yang bermaksud : Andai kata pohon-pohon dijadikan pena,semua lautan dijadikan tinta lalu berkumpullah semua jin,manusia dan malaikat membuat buku, terus mereka menulis erti Bismillah sejuta tahun,mereka tidak akan sanggup,mengertikan walaupun hanya satu persepuluhnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan