w

"Demi Masa, Sesungguhnya Manusia Itu Sentiasa Berada Di dalam Kerugian. Kecuali Orang-orang Beriman dan Beramal Soleh, dan Nasihat-menasihati Supaya Mentaati Kebenaran dan Nasihat-menasihati Supaya Menetapi Kesabaran." (surah Al-Asyr)

Jumaat, 12 Julai 2013

HIKMAH SUJUD

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa
 di dalamnya.”
Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.
“Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.”
Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.
Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya.
Rasulullah s.a.w. biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.
Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-
“Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat”
Mendengar itu para sahabat bertanya: “Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?”
Jawab baginda: “Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?”
Sahabat Menjawab: “Bahkan !” Rasulullah menyambung: “Kerana sesungguhnya pada hari itu kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka (terutama anggota wudu’) putih berseri-seri oleh cahaya wudhu’ !!!”
Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:-
“Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah swt menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud”
Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.
“Tunjangkanlah resah mu di dada SOLAT, Himpunkan perit mu di genggaman DOA, Tutupi kekecewaan mu dgn keTAQWAan dan Nilaikan kesucian hati mu dengan keIKHLASAN hati.”

12 BARISAN DI PADANG MASYAR...

Suatu ketika, Muadz bin Jabal r.a mengadap Rasulullah s.a.w. dan bertanya, "Wahai Rasulullah, tolong jelaskan kepadaku mengenai firman Allah s.w.t.: Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekelian datang berbaris-baris" (Surah an-Naba:18)
Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian baginda dengan air mata.
Lalu menjawab,
"Wahai Muadz, engkau telah bertanya kepada aku perkara yang amat besar, bahawa umatku akan diiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri.."
Maka dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W. 12 barisan tersebut:
BARISAN PERTAMA
Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih, "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati tetangganya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."
BARISAN KEDUA
Diiringi dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih, "Mereka itu adalah orang-orang yang diwaktu hidupnya meringan-ringankan solat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."
BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan di dalam perut mereka penuh berisi ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang-orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."
BARISAN KEEMPAT
Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta didalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."
BARISAN KELIMA
Diiringi dari kubur dengan bau yang lebih busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah S.W.T. menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang-orang yang menyembunyikan perlakuan durhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah S.W.T., maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."
BARISAN KEENAM
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu,  maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."
BARISAN KETUJUH
Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah, tetapi dari mulut mereka mengalir keluar darah dan nanah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."
BARISAN KELAPAN
Diiringi dari kubur dengan keadaan terbalik, kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka ini adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."
BARISAN KESEMBILAN
Diiringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan mata berwarna biru, sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."
BARISAN KESEPULUH
Diiringi dari kubur dengan keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."
BARISAN KESEBELAS
Diiringi dari kubur mereka dengan keadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai keperut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."
BARISAN KEDUABELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang berseri-seri laksana cahaya bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan, "Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah S.W.T. Yang Maha Pengasih.."
 
(dari Laman Zaza)

Rabu, 22 Mei 2013

17 MEI 2013...GENAP 100 HARI

ALONG SANI ( ANAK SULUNG)

UCU KIA (ANAK BONGSU)

AYAHKU ANUAR (ANAK KE 2)

ACIK SIAH (ANAK KE 3)

ANJANG MUSA (ANAK KE 4)



















ASSALAMUALAIKUM SAHABAT SEKALIAN..

 Tanggal 17 Mei 2013 genaplah 100 hari pemergian nenekku yang tercinta,,, seorang nenek yang telah membesarkan aku 2 beradik dengan penuh kasih sayang. Kini pemergiannya amatlah di rasai... Hidupku rasakan sunyi kehilangan seorang yang amat bererti,,,dia lah tempat aku mencurahkan segala cerita, tempat bergurau senda, usik mengusik tawa ria. Nenek memang seorang yang suka bercerita, bila dengan aku ada saja benda yang nak di sembangkan. Sampai kadang-kadang saja malas nak layan,aku akan cakap "jap mak,aku sakit perut ni,nak ke jamban kejap"...nanti dia pun cakap "aku baru nak cerita,kamu dah sakit perut,basi air liur aku ni nak bersembang"... hampir setahun arwah nenek aku tinggal ngan aku kat KL ni, setiap hari bila ada customer datang nak berbekam dia pun sukalah sebab ada kawan baru dia nak ajak bersembang, nak bercerita...cerita yang sama jugak arwah akan ulang, cerita zaman masa muda-muda dulu,duduk kat singapura, berbaju kebaya pakai kasut tumit tinggi,sanggul tinggi...dan zaman perang pun ada. Bila dengar kisah zaman perang yang di laluinya,,,kita yang hidup di zaman merdeka ni sepatutnya bersyukur dengan keamanan yang kita kecapi hari ini. 

Setiap yang bernyawa pasti akan measai mati... Semoga arwah nenekku di tempatkan di kalangan orang-orang beriman...Kami semua sayang pada mak... Al-Fatihah

SEMOGA ROHMU DI CUCURI RAHMAT DAN DI TEMPATKAN DI KALANGAN ORANG-ORANG BERIMAN..

Sabtu, 9 Februari 2013

AL FATIHAH BUAT NENEK KESAYANGAN...PERGIMU DALAM KETENANGAN

 Assalamualaikum sahabat semua...

Di keheningan pagi Rabu 6 Februari 2013 lebih kurang jam 8 pagi saya menerima panggilan telefon dari anjang yang mengatakan mak dah tak de... terkejut dan terkedu seketika dengan berita yang tak di sangka. Rasanya macam baru semalam jer bergurau senda usik-usik mak... (saya memanggilnya mak sebab saya di besarkan oleh nenek sejak kecil hinggalah dewasa)
Terlalu banyak kenangan yang berlegar-legar di ruang fikiran mengenangkan saat-saat manis bersama mak,memandangkan saya adalah cucunya yang sulung memang menjadi cucu kesayangan mak... setiap kali ahli keluarga berkumpul mesti mak akan tanya di mana cucunya ni tak balik... Alhamdulillah cucu mak ni di beri kesempatan untuk menjaga mak hampir setahun sebelum cucu mak ni pergi umrah... Lebih terharu lagi hajat di hati nak bawak mak g umrah tahun ini tak tercapai... Sudah terbayang-bayang yang kita akan tolak mak guna kerusi roda (sebab mak dah tak lalu nak jalan jauh) bawak mak tawaf kaabah yang mulia, tolak g sa'ie mesti mak suka kan??? Sebab dulu kita bawak mak g shopping kompleks tolak mak pakai kerusi roda mak seronok jer, yang paling best mak tak nak turun dari kerusi roda tu dan nak bawak kerusi roda tu balik,mak kata kerusi tu mak punyer... Kita cakap tu kita sewa je lah mak,kalau mak nak nanti kita belikan yang lain. Jadi memang dah plan sangat2 nak bawak mak g umrah,bawak mak jalan2 sekitar Masjidil Haram naik kerusi roda. Tapi tu semua tinggal impian yang tak kesampaian, rupa-rupanya Allah lebih menyayangi mu... Semoga rohmu tenang di sana dan di tempatkan bersama para solehin.
 Antara kenangan manis bersama mak, mak memang suka pakai cermin mata kita yang hitam tu sebab mak kata mata tak masuk habuk dan angin, kalau tak mata cepat pedih jer... sampai nak makan pun mak pakai cermin mata hitam tu... mak tau tak tauke kedai tu tersenyum simpul memerhatikan mak makan dari awal sampai habis... takpelah mak janji mak bahagia. Kita nak mak sentiasa rasa bahagia, terima kasih mak kerana membesarkan cucumu ini dengan penuh rasa kasih sayang dan kesabaran yang tinggi. Kita kagum dengan kesabaran mak tu, sebab cucu mak 2 beradik yang mak besarkan ni memang nakal giler masa kecik2 dulu... Teringat masa kita kecik kita suka panjat pokok jambu dan pokok ciku kat tepi rumah tu,memang pokok tu tinggi la jugak, mak akan marah suruh kitorang turun tapi kitorang tak nak turun sebab mak pegang pelepah kelapa nak bantai kitorang...hehehe
jadi makan jambu atas pokok jambu jer lah terus. Bila dah besar ni dok tengok pokok jambu tu terfikirlah pulak,macam manelah aku bleh panjat tinggi2 masa kecik dulu.. patutlah mak marah sebab takut aku jatuh,,,kalau aku jadi mak pun aku akan marah giler2...tinggi wooo

 Lagi 1 kenangan mak pernah kurung kita dalam bilik mandi sebab kenakalan melampau kita ni, suka terjun parit pastu bergayut kat batang paip kat parit tu... mak datang bawak getah paip suruh naik, memang pakat tak naik la jawabnye sebab takut kene libas ngan getah paip tu, cuba mak datang bawak kek mesti kitorang naik punyer.... tapi sebenarnya mak sayangkan cucu2 mak ni sebab takut lemas dalam parit tu sebab parit tu dalam la jugak. Kot ada buluh runcing ke tercacak dalam tu atau kaca2 botol pecah ke.. tapi bebudak bukan tau takut, sebab tu cucu mak yang seorang ni seorang yang kuat,tabah dan berani, kan mak kan kan kan...
Kita kagum ngan mak sebab mak memang seorang yang baik dan penyabar. Mak tak suka susahkan orang, mak tak suka bersangka buruk ngan orang,semua perkara mak bersangka baik setiap masa. Mak tak lepas ngan tasbihnya, sentiasa berzikir ajer, patutlah mak sihat, cerita zaman jepun dulu pun mak boleh ingat satu persatu,zaman muda-mudalah,zaman mak tinggal Singapura lah...kuat jugak ingatan mak ni... dan mak suka dengar orang mengaji,jadi kita belikan mak speaker kecik, download segala surah kat pendrive dan cucuk kat speaker tu...bila on jer maka kedengaranlah suara orang mengaji dan mak akan duduk kat speaker tu sampai habis bateri sambil berzikir ... bila habis kuasa baterinya mak akan bawak speaker tu kat kita dan bagitau benda tu dah xde suara...oh dah habis baterilah mak...
 Ini pulak kenangan mak bawak g berjalan ke rumah along, duit mak letak dalam kotak mancis jer yer...bila kita tanya kenapa pakai kotak mancis mak? mak jawab kotak mancis ni senang nak cari... yer lah mak,asalkan mak bahagia...
Mak...kami semua menyayangi mak dan merindui mak. Mak seorang yang kelakar,suka buat kami ketawa dengan telatah mak. Dan kami suka usik-usik mak, cucu-cucu mak ni memang semua nakal-nakal belaka tapi kami semua sayang mak sangat-sangat.
Alhamdulillah Allah permudahkan pemergian mak, mak pergi dalam keadaan sihat,takde sakit-sakit apa pun, pergimu dalam tidur tanpa sesiapapun yang sedar akan pergimu. Padahal baru je malam tu mak makan nasi sekeluarga ngan Along. Tau-tau je pagi nak kejut sarapan pagi mak dah takde,kami semua agak terkilan sebab tak dapat nak berkumpul di saat-saat nafas terakhir mak. Dan saat hari pengebumian mak sepanjang hari tu cuaca mendung dan hujan turut membasahi bumi saat mak nak di hantar ke tanah perkuburan. Setelah talkin di baca dan doa di aminkan hujan turut berhenti renyai-renyai seolah2 turut bersimpati akan kesedihan kami terhadap mak..cuaca terus mendung sehingga mentari tenggelam bertukar menjadi malam yang kelam. Semoga jasad mak bersemadi dengan tenang di sana bersama tidurmu yang lena,semoga rohmu di tempatkan di kalangan orang-orang beriman hendaknya... Al Fatihah hadiah kami buat mak tersayang, semasa hidupmu di senangi, pergimu di tangisi dan di rindui.. Damailah engkau di sana. Kami akan sentiasa mendoakan mak. Kini semua tinggal kenangan.

Arwah mak bersama anak-anaknya...

Aku cucu kesayangan mak...kita sayang mak sangat-sangat...mak sumber ilhamku...