w

"Demi Masa, Sesungguhnya Manusia Itu Sentiasa Berada Di dalam Kerugian. Kecuali Orang-orang Beriman dan Beramal Soleh, dan Nasihat-menasihati Supaya Mentaati Kebenaran dan Nasihat-menasihati Supaya Menetapi Kesabaran." (surah Al-Asyr)

Jumaat, 16 Julai 2010

As Sauda



Dapatkan produk as Sauda Softgel penawar segala penyakit... Hubungi tel saya 017-2979575 untuk tempahan. Harga sekotak RM22/30 biji.

Ahad, 4 Julai 2010

ADAM & HAWA


"Tujuan perkahwinan adalah untuk bersenang-senang dan hidup mesra dengan perasaan kasih sayang dan belas kasihan."
Seorang isteri berhak mendapat mahar atau mas kahwin sebagai imbalan atas kenikmatan yang di perolehi suami darinya sekalipun ia hanya sempat bersanding di sisinya selama sehari saja.
Suami yang tidak dapat memberikan nafkah seperti makan minum, tempat tinggal dan lain-lain keperluan asas yang sesuai dengan kemampuan boleh di anggap telah melakukan dosa terhadap isterinya kerana Allah mewajibkan para suami menyempurnakan keperluan2 itu. Kewajipan ini tidak terlepas walaupun isteri mempunyai pekerjaan atau berharta.
"Barangsiapa yang tidak menghiraukan isterinya, maka rugilah kehidupannya yang bahagia."

SELAWAT KE ATAS NABI


Selawat adalah jalan yang paling hampir menuju Allah. Selawat penenang jiwa dan fikiran. Selawat pengikis dosa. Selawat menyelesaikan 1001 macam masalah. Selawat mententeramkan jiwa. Selawat membentuk peribadi muslim.
Hendaklah kita berselawat semata-mata kerana Allah. Amalan selawat adalah perintah Allah SWT sepertimana firmanNya dalam Al-Quran:
"Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya berselawat ke atas Nabi. Wahai mereka yang beriman! Hendaklah kamu berselawat kepada Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya." (Al-Ahzab ayat 56)

Sabtu, 3 Julai 2010

KENYANG..!!!!


Barangsiapa yang kenyang banyaklah dagingnya, barangsiapa yang banyak dagingnya kuatlah syahwatnya, barangsiapa yang banyak syahwatnya banyaklah dosanya,barangsiapa yang banyak dosanya maka keraslah hatinya, barangsiapa yang keras hatinya tenggelamlah ia dalam kecelakaan dunia dan akhirat.

APA YANG PALING BAIK???


SESUNGGUHNYA SEBAIK-BAIK TEMPAT DI MUKA BUMI INI ADALAH MASJID. SEBAIK-BAIK AHLINYA IALAH ORANG YANG PALING AWAL MASUK DAN PALING AKHIR KELUAR.

SEBAIK-BAIK HARI ADALAH HARI JUMAAT,SEBAIK-BAIK BULAN IALAH BULAN RAMADHAN DAN SEBAIK-BAIK AMAL IALAH SEMBAHYANG PADA WAKTUNYA.

DEMI MASA


"Demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa berada di dalam kerugian. Melainkan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran. Dan mereka yang berpesan-pesan dengan kesabaran-kesabaran."