w

"Demi Masa, Sesungguhnya Manusia Itu Sentiasa Berada Di dalam Kerugian. Kecuali Orang-orang Beriman dan Beramal Soleh, dan Nasihat-menasihati Supaya Mentaati Kebenaran dan Nasihat-menasihati Supaya Menetapi Kesabaran." (surah Al-Asyr)

Isnin, 16 Ogos 2010

KATA-KATA HIKMAT

"Seandainya ada 100 orang pejuang Islam, Pastikan salah seorangnya adalah kamu. Seandainya ada 10 orang pejuang Islam, Pastikan salah seorangnya adalah kamu. Seandainya hanya tinggal seorang pejuang Islam, Pastikan dia ialah kamu.”

"Indahnya 'dunia' hanya sementara, Indahnya 'cinta' hanya seketika, Indahnya 'mimpi' kadang tak pasti, Indahnya 'persahabatan' sukar di cari ganti, Tetapi indahnya Syurga kekal selamanya."

"Air mata kerana sahabat adalah satu pengorbanan, Air mata kerana Ibu Bapa adalah satu penghormatan, Air mata kerana 'kekasih' adalah satu penyesalan, Air mata kerana ALLAH adalah satu keberkatan. Menyesal kamu sebelum terlambat"

Semakin banyak memberi semakin banyak menerima. Apapun yang anda lakukan, Lakukanlah dengan gembira. Jangan tunda apa yang bisa anda kerjakan hari ini."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan