w

"Demi Masa, Sesungguhnya Manusia Itu Sentiasa Berada Di dalam Kerugian. Kecuali Orang-orang Beriman dan Beramal Soleh, dan Nasihat-menasihati Supaya Mentaati Kebenaran dan Nasihat-menasihati Supaya Menetapi Kesabaran." (surah Al-Asyr)

Selasa, 4 September 2012

KENDURI DOA SELAMAT DAN ARWAH

  
ABDUL WAHAB DAN ABDUL WAHOB...Hehehe... Kelihatan ayahandaku Anuar dan pakcikku Musa Bekam bergaya dengan jubah yang aku beli di Mekah bersama kopiah Roman... ceh ceh ceh Ya Alili Ali Baba


JUADAH UNTUK TETAMU... TETAMU DATANG SELEPAS SOLAT ISYAK

ORANG KUAT DAPUR SEDANG MENYEDIAKAN HIDANGAN NASI AMBENG... APE LA RASA NASI AMBENG NI SEBAB AKU PUN TAK SEMPAT NAK MAKAN...

INILAH RUPA NASI AMBENG KHAS DARI PARIT 26 HUTAN MELINTANG PERAK

ORANG KUAT MAJLIS MENJAMU SELERA SELEPAS HABIS KENDURI... NI MAKAN TENGAH MALAM NAMANYE... GAYA MAKAN NAMPAK SANGAT MELAYUNYE, MAKAN DALAM PINGGAN...

MAKCIK AKU DAN PAKCIK (ALONG) SELAKU TUAN RUMAH DAN TUAN TANAH... TERIMA KASIH LA KAT ALONG KERANA BERSUSAH PAYAH MENJAYAKAN KENDURI NI... NGAPE TAK PAKAI JUBAH ALIBABA??? BLEH JADI 3 ABDUL...hehehe

SELESAI SUDAH UMRAH RAMADHAN

 Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT sempurna sudah Umrah Ramadhan 17 Julai - 26 Ogos 2012 di dua kota suci iaitu Madinah dan Mekah... Hampir 40 hari berkampung di sana, Madinah selama 4 hari dan selebihnya di Kota Mekah, terlalu banyak kenangan dan nostalgia yang indah dan damai di sana. Rindu terasa hati ingin menjejakkan kaki ke sana lagi. Merasai keindahan beribadah dan berpuasa di sana memberi sejuta kenangan dan kesyukuran yang tak terhingga... Syukur padaMu Ya Allah kerana menjemput aku menjadi tetamuMU di bulan yang penuh berbahagia ini... Inilah hadiah kemenangan dan kebahagiaanku dariMu... Tetapkan aku dalam golongan yang Engkau redhai Ya Allah....

Suasana umrah di bulan Ramadhan yang begitu meriah sekali, yang tidak ada di bulan-bulan yang lain. Syukur padaMu Ya Allah yang telah memudahkan segala urusanku tanpa ada sebarang kesukaran dan halangan dan memberi aku peluang dapat berpuasa penuh sebulan, berterawih dan berqiamullail dengan semangat sekali dengan kesihatan yang sangat memuaskan... Syukur syukur syukur padaMu Ya Allah.... Tambahkan aku rezeki agar aku bisa datang kembali Ramadhan akan datang bersama ahli keluargaku Ya Allah untuk merasai lagi kemanisan saat dekat denganMu....

Suasana malam Lailatul Qadar ke 29 yang penuh sesak dengan umatMu sehingga masjid menjadi penuh. Polis terpaksa berkawal, kebanyakan jemaah terpaksa bersolat di atas jalan raya,di kaki2 lima bangunan dan di lereng2 bukit. Pada saat melihatkan keadaan dan suasana begini hatiku menjadi menggetar dan menitis airmata  jatuh ke bumi bertuah bukan kerana sedih tetapi perasaan terharu kerana semua berpusu dengan 1 tujuan, meraikan malam Lailatul Qadar yang penuh bermakna dalam suasana beribadah.... Masyaallah

(kalau di Malaysia suasana begini boleh di lihat pada ambang malam tahun baru atau Merdeka dalam suasana sosial...Nauzubillah)

Selepas solat terawih (malam 29) para jemaah masih berkumpul di jalan2 raya menunggu waktu untuk Qiamullail pula... Walaupun tiada bunyi mercun,bunga api meletup-letap tapi suasana tetap meriah dan seronok sekali... Saat inilah 10 malam yang terakhir meninggalkan kenangan yang saat indah kerana pada waktu ini terasa tersangat hampir kepada sang Pencipta, tidak ada apa di dalam hati melainkan aku dan Dia...

Walaupun dalam cuaca yang panas terik tapi tetap ramai jemaah yang bertawaf di Kaabah yang mulia. Semua orang berlumba untuk meraih ganjaran pahala yang berlipat kali ganda di Kota Mekah yang suci ini...