w

"Demi Masa, Sesungguhnya Manusia Itu Sentiasa Berada Di dalam Kerugian. Kecuali Orang-orang Beriman dan Beramal Soleh, dan Nasihat-menasihati Supaya Mentaati Kebenaran dan Nasihat-menasihati Supaya Menetapi Kesabaran." (surah Al-Asyr)

Khamis, 12 Julai 2012

PENYUCIAN JIWA DI TANAH SUCI

Assalamualaikum wbt buat semua pembaca blog setia Che Wann... Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang akhirnya cita-cita dan impian yang telah lama terpendam akhirnya termakbul jua... Insyaallah saya bakal menunaikan umrah di Tanah Suci pada 17 Julai ini dan akan pulang semula ke Malaysia pada 26 Ogos iaitu seminggu selepas kita berhari raya... Alhamdulillah akhirnya dapat juga menjadi tetamu Allah di bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan serta menyambut hari raya aidilfitri di sana...

Kepada semua yang mengenali saya secara dekat mahupun jauh, di sini saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andainya ada terkasar bahasa serta tulisan yang menyinggung perasaan mana-mana pihak, harap dapat di maafkan,sesungguhnya saya hanyalah insan biasa yang banyak dosa dan kurang dari segi ilmu agama. Jika ada salah silap mohon sahabat2 semua memberi teguran pada saya agar saya dapat memperbaiki diri serta kelemahan-kelemahan yang lain,insyaallah saya sentiasa positif menerima teguran kalian.

Buat pelanggan-pelanggan saya yang di kasihi, sekiranya ingin membuat rawatan bekam bolehlah menghubungi adik perempuan saya untuk temujanji iaitu Puan Fadzillah 012-6318684 @ 014-6375782 dan waktu operasi adalah seperti biasa 10pagi-6petang... Beliau akan menggantikan tugas saya selama ketiadaan saya.

Buat mak,ayah,adik beradik dan saudara mara semua, tahun ni tak dapatlah kita berbuka puasa sama dan berhari raya bersama seperti tahun2 sebelumnya... Hanya doa kalian di harapkan untuk mengiringi perjalananku ke sana mudah-mudahan selamat dan di permudahkan segala urusan, lancar dan mabrur...

Insyaallah sekembalinya dari sana nanti,kepada rakan2,sahabat handai dan saudara-mara jemputlah datang berhari raya ke rumah saya di PPR Desa Rejang yer... Kita makan buah kurma dan air zam-zam jer sebab tak sempat nak buat biskut raya... SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK DAN SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA DARI HAMBA YANG JAUH DI PERANTAUAN...AMPUN MAAF ZAHIR DAN BATIN.



"Jika manusia mengecewakanmu,
Jangan berduka kerana Allah selalu menunaikan harapanmu . .
Jika manusia menzalimimu,

Jangan berduka kerana Allah selalu berlaku adil terhadapmu . .
Jika manusia melukaimu,

Jangan berduka kerana Allah selalu menitipkan penyembuh buatmu . .
Jika manusia menyayangimu,ketahuilah bahwa terkumpulnya cinta seluruh manusia di bumi ini tidak akan pernah menandingi cinta Allah terhadapmu . ."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan