Sewaktu
bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja
di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah
s.a.w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan
doa didalamnya.
Sabda
Rasulullah s.a.w. : “Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba
dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu
memperbanyakkan doa di dalamnya.”
Banyak
doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang
paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir
dalam solat.
“Ya
Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang
benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang
tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.”
Semoga
dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau
sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah
dunia dan akhirat.
Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya.
Rasulullah s.a.w. biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.
Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-
“Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat”
Mendengar itu para sahabat bertanya: “Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?”
Jawab
baginda: “Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki
oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor
kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?”
Sahabat
Menjawab: “Bahkan !” Rasulullah menyambung: “Kerana sesungguhnya pada
hari itu kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka
bersujud (di dunia), segala anggota mereka (terutama anggota wudu’)
putih berseri-seri oleh cahaya wudhu’ !!!”
Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:-
“Apabila
Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang
Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan
orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka
dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah swt
menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka
pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api
neraka selain bekas sujud”
Begitulah
Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat
keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu
mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang
benar-benar mendapat rahmat.
“Tunjangkanlah
resah mu di dada SOLAT, Himpunkan perit mu di genggaman DOA, Tutupi
kekecewaan mu dgn keTAQWAan dan Nilaikan kesucian hati mu dengan
keIKHLASAN hati.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan