Sewaktu
bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja
di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah
s.a.w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan
doa didalamnya.
Sabda
Rasulullah s.a.w. : “Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba
dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu
memperbanyakkan doa di dalamnya.”
Banyak
doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang
paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir
dalam solat.
“Ya
Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang
benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang
tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.”
Semoga
dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau
sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah
dunia dan akhirat.
Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya.
Rasulullah s.a.w. biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.
Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-
“Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat”
Mendengar itu para sahabat bertanya: “Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?”
Jawab
baginda: “Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki
oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor
kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?”
Sahabat
Menjawab: “Bahkan !” Rasulullah menyambung: “Kerana sesungguhnya pada
hari itu kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka
bersujud (di dunia), segala anggota mereka (terutama anggota wudu’)
putih berseri-seri oleh cahaya wudhu’ !!!”
Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:-
“Apabila
Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang
Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan
orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka
dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah swt
menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka
pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api
neraka selain bekas sujud”
Begitulah
Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat
keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu
mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang
benar-benar mendapat rahmat.
“Tunjangkanlah
resah mu di dada SOLAT, Himpunkan perit mu di genggaman DOA, Tutupi
kekecewaan mu dgn keTAQWAan dan Nilaikan kesucian hati mu dengan
keIKHLASAN hati.”
Saya seorang perawat alternatif dan juga usahawan emas dan dinar Powergold... Dapatkan khidmat rundingan tentang perawatan atau emas dari saya di talian 018-2838 788
w
"Demi Masa, Sesungguhnya Manusia Itu Sentiasa Berada Di dalam Kerugian. Kecuali Orang-orang Beriman dan Beramal Soleh, dan Nasihat-menasihati Supaya Mentaati Kebenaran dan Nasihat-menasihati Supaya Menetapi Kesabaran." (surah Al-Asyr)
Jumaat, 12 Julai 2013
12 BARISAN DI PADANG MASYAR...
Suatu ketika,
Muadz bin Jabal r.a mengadap Rasulullah s.a.w. dan bertanya, "Wahai
Rasulullah, tolong jelaskan kepadaku mengenai firman Allah s.w.t.: Pada
sangkakala ditiup, maka kamu sekelian datang berbaris-baris" (Surah
an-Naba:18)
Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian baginda dengan air mata.
Lalu menjawab,
"Wahai Muadz, engkau telah
bertanya kepada aku perkara yang amat besar, bahawa umatku akan diiring,
dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan
pembawaan mereka sendiri.."
Maka dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W. 12 barisan tersebut:
BARISAN PERTAMA
Diiringi dari kubur dengan tidak
bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan
dari sisi Allah Yang Maha Pengasih, "Mereka itu adalah orang-orang yang
sewaktu hidupnya menyakiti hati tetangganya, maka demikianlah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."
BARISAN KEDUA
Diiringi dari kubur berbentuk babi
hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih, "Mereka itu
adalah orang-orang yang diwaktu hidupnya meringan-ringankan solat. Maka
inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."
BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan
di dalam perut mereka penuh berisi ular dan kala jengking. "Mereka itu
adalah orang-orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya
dan tempat kembali mereka adalah neraka.."
BARISAN KEEMPAT
Diiringi dari kubur dengan keadaan
darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah
orang yang berdusta didalam jual beli, maka inilah balasannya dan
tempat kembali mereka adalah neraka.."
BARISAN KELIMA
Diiringi dari kubur dengan bau
yang lebih busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah S.W.T. menurunkan
angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
"Mereka itu adalah orang-orang yang menyembunyikan perlakuan durhaka,
takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah
S.W.T., maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah
neraka.."
BARISAN KEENAM
Diiringi dari kubur dengan keadaan
kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi
saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah
neraka.."
BARISAN KETUJUH
Diiringi dari kubur tanpa
mempunyai lidah, tetapi dari mulut mereka mengalir keluar darah dan
nanah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas
kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah
neraka.."
BARISAN KELAPAN
Diiringi dari kubur dengan keadaan
terbalik, kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka ini adalah orang
yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka
adalah neraka.."
BARISAN KESEMBILAN
Diiringi dari kubur dengan
berwajah hitam gelap dan mata berwarna biru, sementara dalam diri mereka
penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta
anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan
tempat kembali mereka adalah neraka.."
BARISAN KESEPULUH
Diiringi dari kubur dengan
keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta.
"Mereka adalah orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."
BARISAN KESEBELAS
Diiringi dari kubur mereka dengan
keadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu
jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur
memanjang sampai keperut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka
adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka.."
BARISAN KEDUABELAS
Mereka diiring dari kubur dengan
wajah yang berseri-seri laksana cahaya bulan purnama. Mereka melalui
titian sirat seperti kilat. Maka datanglah suara dari sisi Allah Yang
Maha Pengasih memaklumkan, "Mereka adalah orang yang beramal soleh dan
banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka
memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah
bertaubat, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah
syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah S.W.T. Yang
Maha Pengasih.."
(dari Laman Zaza)
Langgan:
Catatan (Atom)